Thursday, February 26, 2009

Sejarah Pengenalan Persatuan TaeKwon-Do Negeri Pulau Pinang (ITF)

Persatuan TaeKwon-Do yang pertama di Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 19.5.1965 dibawah pendaftaran persatuan (ROS) dengan nombor pendaftaran 1818.

Sejak permulaan program Rakan Muda Rakan Wajadiri 1994, persatuan ini telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.

Dengan Akta Pembangunan Sukan 1997, persatuan ini telah didaftarkan sebagai Persatuan TaeKwon-Do Negeri Pulau Pinang (ITF) oleh Sukan Malaysia, mengesahkan Persatuan TaeKwon-Do Negeri Pulau Pinang (ITF) sebagai satu-satunya persatuan berlatih TaeKwon-Do yang diiktiraf di Negeri Pulau Pinang.

1 comment: